Pages

Monday, February 5, 2018

Dilema

Lautan manusia dari pelbagai peringkat umur mula membanjiri khemah pendaftaran pelajar baru. Namun mata Aqif asyik tertumpu pada seorang gadis yang mempunyai wajah ayu, berseri dan penuh dengan kemelayuan. Hati Aqif terdetik untuk berkenalan dengan gadis tersebut. Ingin sahaja dia menegur gadis tersebut kerana mungkin itulah satu-satunya peluang yang ada kerana mungkin sukar untuk dia menemui gadis itu semula selepas ini. Namun, Tindakan menegur gadis tersebut boleh menyebabkan hubungan Aqif dengan Maria retak.

Maria merupakan kekasih hati Aqif sejak 2 tahun yang lalu. Mereka berkenalan ketika perjumpaan kelab fasilitator dan akhirnya membawa ke hubungan yang lebih serius. Walaupun usia hubungan mereka telah menginjak ke tahun yang kedua, Aqif masih tidak selesa dengan sikap Maria yang sering mengawal kehidupannya. Mana-mana perempuan yang berkawan dengan Aqif akan diberi amaran oleh Maria supaya tidak mendekati kekasihnya itu. Aqif hanya akur dengan sikap Maria disebabkan rasa sayang yang masih utuh.

"Awak termenung tengok siapa?" Suara garang Maria mengejutkan Aqif yang kaku melihat keayuan pelajar baru tersebut.

"Saya termenung teringatkan awaklah sayang." Aqif cuba memutar belitkan sangkaan Maria. 

"Awak jangan nak tengok perempuan lain eh." Maria memberi amaran dan terus berlalu meninggalkan Aqif.

Seperti biasa selepas pendaftaran pelajar baru selesai, Pelajar-pelajar baru akan menghadapi minggu orientasi selama satu minggu. Kesemua aktiviti minggu orientasi akan diuruskan pihak fasilitator. 

Hari pertama minggu orientasi, Aqif ditugaskan untuk mengawal keselamatan pelajar sewaktu aktiviti dijalankan. Sebarang kecederaan yang dialami pelajar sewaktu menjalakan aktiviti adalah di bawah tanggungjawab Aqif. Tugasan ini bukanlah satu tugasan yang susah kerana sejak alam persekolahan lagi Aqif sudah arif dalam bidang menguruskan kecederaan pelajar kerana Aqif merupakan seorang Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah.

Mujur sahaja segala aktiviti orientasi berjalan dengan lancar tanpa melibatkan kecederaan terhadap pelajar baru. 


No comments:

Post a Comment