Pages

Tuesday, February 7, 2017

Budak rumah bab 2

Terik matahari mula memancar menembusi tingkap ruang tamu rumah. Azam yang sedang nyenyak tidur di ruang tamu terjaga dari tidur kerana terganggu dengan pancaran cahaya matahari. Azam bingkas bangun dan terus ke bilik air untuk mencuci muka dan memberus gigi. Kebiasaannya Azam akan keluar ke kedai makan berdekatan untuk membeli juadah makan tengah hari untuk dirinya dan rakan serumahnya.

Sebelum keluar membeli makanan, Azam menjenguk Sufi dan Zaidi yang masih lena dibuai mimpi.

"tidoq lagi depa ni." kata Azam bermonolog dan terus mengambil kunci motor milik Zaidi.

Azam masih lagi tidak mengetahui tentang tayar motor Zaidi yang pancit. Dia hanya mengetahui tentang perkara tersebut ketika dia sedang memanaskan enjin motorsikal.

"Alamak tayar pancit pula, macam mana aku nak pergi beli makanan tengah hari ni
?" Bebel Azam.

Bebelan Azam langsung menarik perhatian jirannya Makcik Milah. Makcik Milah merupakan seorang janda yang baru kematian suami akibat tercekik dodol ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri di balai raya tiga bulan yang lalu. Makcik Milah memiliki seorang anak gadis yang bernama Aqila Lydia yang sebaya dengan Azam.

"Udah kenapa dengan kamu ni Azam? koje nak membebel je." Tanya Makcik Milah dalam loghat negeri Perak. Azam, jejaka tampan dari Kedah sememangnya terkenal dengan sikapnya yang suka membebel.

"Motor ni haa makcik, pancit pulak. Saya nak pergi beli makanan ni. Perut dah start nyanyi lagu Ayda Jebat dah ni." Balas Azam.

"Laaa yeke, ate cemananya kamu nak keluor?" Tanya Makcik Milah.

"Nampaknya saya terpaksa tunggu Sufi bangun lah kalau nak beli makanan" Jawab Azam.

"Kalau gitu takpe, kamu tunggu kejap. Tadi makcik ada masak makanan lebih."Kata Makcik Milah dan dengan pantas masuk ke rumah untuk mengambil makan tengah hari untuk diberi pada Azam.

"Eh takkpeeee...." Belum sempat Azam menghabiskan dialognya, Makcik Milah sudah hilang dari pandangannya.

Sebenarnya Azam agak keberatan untuk menerima apa-apa pemberian daripada jirannya itu kerana ketika Azam dan rakan serumahnya baru menyewa di sini, Makcik Milah telah memberikan Gulai nangka yang telah basi kepadanya. Sejak peristiwa itu, dia mula berwaspada dengan apa-apa sahaja pemberian makcik Milah. Kalau diikutkan perasaan marahnya, sudah hangus rumah jirannya itu dibakar. Mujur Jirannya itu memiliki anak gadis yang cukup cantik yang mampu melunturkan amarahnya.

Beberapa ketika kemudian, Makcik Milah kembali dengan bungkusan yang terisi nasi putih beserta lauk burung puyuh goreng berlada.

"nahh makan tengah hari. Kamu kongsi lah dengan kawan-kawan kamu. Lauk ni Aqila yang masak" Kata Makcik Milah.

"Oh yeke Aqila yang masak, mesti sedap ni. Terima kasih makcik" Balas Azam.

"Sama-sama, okaylah makcik masuk dulu. Cerita Mohabatein dah nk start tu" Kata Makcik Milah yang merupakan peminat nombor satu filem Hindustan.

Pernah satu ketika dahulu makcik Milah berperang mulut dengan arwah suaminya gara-gara suaminya mengatakan bahawa Kencana Dewi merupakan salah seorang heroin filem Khabi Kushi Khabie Gham. Ada juga cerita yang mengatakan suami makcik Milah diserang sakit jantung setelah diherdik oleh isterinya ketika peperangan mulut itu berlaku.

"masuk neraka lah kau Milah." Azam bermonolog ketika mendengar cerita tersebut dari jiran tetangga.dalam waktu yang sama, Azam turut mengakui kebodohan arwah suami Makcik Milah. Semua orang tahu Kencana dewi berlakon dalam cerita Puteri dan memegang watak sebagai Kamala bersama-sama dengan Nora Danish yang merupakan watak utama. Belum pernah lagi pelakon berbangsa India itu mengembangkan bakat lakonannya di pentas Bollywood.

Selepas menerima bungkusan makanan daripada makcik Milah, Azam bingkas masuk ke dalam dan meletakkan lauk serta nasi ke dalam pinggan serta mangkuk untuk dihidangkan di atas meja. Walaupun dalam keadaan yang sangat lapar, Azam terpaksa menunggu Sufi dan Zaidi bangkit daripada tidur kerana sudah menjadi kebiasaan bagi dirinya dan rakan serumah untuk makan tengah hari bersama ketika hari minggu. Bagi Azam dan rakan-rakanya, Susah senang mereka perlulah dikongsi sama rata dan disebabkan itulah mereka telah menjadi sahabat yang akrab sejak perkenalan mereka kira-kira tiga tahun yang lalu sewaktu pendaftaran pelajar baru di universiti.

Kira-kira dua jam berlalu dan jam menunjukkan pukul tiga petang, barulah Sufi dan Zaidi bangun daripada tidur dan terus ke dapur untuk makan tanpa mencuci muka dan memberus gigi. Mereka bertiga makan bersama-sama sambil Zaidi meminta persetujuan Sufi untuk mengikutinya pulang ke rumah keluarga ataupun ke kelab malam.


Search Results





4 comments:

  1. Dah habis baca,penulisan kau best. Gold. cepat lah update lagi !!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius lah wana. aku takut sebenarnya. takut tak best n orang kutuk hahaha

      Delete
  2. bila nak sambung weh. aku eksaited baca ni

    ReplyDelete