Pages

Friday, January 27, 2017

cuti seminggu yihaaaaa





Untuk pengetahuan pembaca walaupun takde pembaca, entri ini aku tulis sewaktu hari pertama cuti tahun baru cina. takyah tahu pun takpe lah. macam tak penting je. sebenarnya aku tengah cuti tahun baru cina ni. Adalah dalam 3 hari cuti. kira okay lah tu, kolej aku haram takde cina pun buat apa nk cuti lama2 ye dak? 

aku pun bukan minat sangat cuti lama2 ni pasal mmg aku akan habeskan waktu cuti aku dengan melancong ke bilik air, dapur lepastu bilik. bosan tahap nenek2 ni aku pantang sikit. tapi kalau cuti aku dipenuhi dengan aktiviti2 berfaedah macam bercuti ke shopping ke dating ngn makwe ke haa tu aku minat. kalau nak ikut logik pun, dating ngn makwe tu payah sikit lah pasal aku ni mana ada makwe. takkan nk dating dengan makwe korang pulak. ye dak?

macam cuti sem lps, walaupun 7 minggu bercuti tapi masih terisi lah dengan aktiviti2 berfaedah. aku pergi bercuti dengan family aku dekat perak, kedah, dan kelantan. tempat2 yang aku pergi pun tak mengecewakan. Alang2 boleh aku cerita sikit kot.
laksa pakngah, kuala kangsar, perak.

Destinasi pertama kami sekeluarga mestilah kuala kangsar. pasal family aku memang gila makan laksa dan ayahanda juga berasal dari kuala kangsar. aku sorang je yg tak makan laksa pasal aku tak makan ikan. tapi walaupun aku tak makan laksa, aku dapat rasa kenikmatan laksa pak ngah ni melalui pesen pesen muka orang bila suap laksa ni kat mulut. laksa pakngah ni lain daripada yang lain pasal laksa dia dibuat daripada tepung gandum. cakap banyak tak guna. korang kena try sendiri lah.

Lepas settle makan semua, kami pegi tengok rumah opah kejap. tapi tak boleh nak masuk pasal rumah dah lama kena tinggal so rupa dia macam rumah hantu lah kan. reput dan dipenuhi semak samun. dah nama pun rumah tinggal mestilah buruk, kalau cantik bukan rumah tinggal, mungkin nama dia rumah urut la kot.  

Lepas settle tengok rumah opah, kami bertolak ke kedah. destinasi kami yang seterusnya takde lah menarik sangat. kami pegi kulim je pasal ayahanda nk jumpa kawan lama dia. kawan time dia military service dulu seingat aku. Sepanjang nak ke kulim tu, kami disajikan dengan environment2 yang menarik pasal kami tak ikut highway. kami ikut gerik untuk ke kulim.

Tasik raban di lenggong
setelah tiba di kulim, kami bermalam di hotel seri malaysia. bagi aku tiada apa yang menarik di kulim ni. mungkin aku yang tak sempat nak meronda kat tmpt2 menarik pasal aku penat, aku habeskan masa kat bilik hotel je. makan malam pun aku kirim je kat family aku. tapi hotelnya agak cantik dan layanan juga agak bagus.
                               

                             
   
\
antara gambar2 menarik di hotel seri malaysia. gambar gua paling menarik
besoknya aku bangun pagi. ye aku bangun pagi jangan terkejut pasal ayahanda cakap pagi lepas sarapan memang akan terus bertolak ke kelantan. Plan asalnya memang nk ke kelantan je tapi ada tambahan pada plan asal tu yang ke perak n kedah dulu. lepas je sarapan kat hotel kami terus bergerak ke kelantan melalui jalan raya timur barat yang menghubungkan kulim hingga ke jeli.
macam biasa lah jalan kiri kanan hutan. line telefon takde, line internet takde. apatah lagi linesman. huhuhu. yang ada cuma keindahan flora dan fauna terutama di royal belum.

Tasik Banding royal belum

Hampir 8 jam perjalanan kami akhirnya tiba dia kuala krai. kami menetap di rumah pak uda yang merupakan adik kepada ayahanda. Di kelantan cuaca agak panas pada sebelah petang dan sejuk menggila di sebelah malam. aku dh penat nak cerita sebenarnya. tulis panjang2 sape nak baca? orang melayu pemalas kot. jadi aku terus kongsi gambar ketika di kelantan je lah.
ABC coklat 2.50 je. sepupu aku kata dia dh ejas kat awek yang jual ABC ni

Sungai golok yang memisahkan rantau panjang dan thailand

maggi ketam nipah di pasir puteh 

Pantai Irama di Bachok

Ketika di Pantai Irama aku sempat bertemu dengan kawan serumah sewaktu di kuala lumpur yg berasal dari bachok. Tak lain tak bukan mestilah faizal betik. ni je kot aku nak kongsi pasal aku tau yang baca pun berapa org je pun. lain lah kalau aku taip panjang2 pastu publish kat metro ke kan. semangat sikit nak taip panjang2. Apa2 pun aku berharap dapat bercuti sekali lagi bersama keluarga di masa akan datang. Sesungguhnya saat bersama keluarga itu tidak ternilai.









No comments:

Post a Comment