Pages

Thursday, January 5, 2017

Arsenal

Sudah hampir 21 tahun aku hidup dan selama itu juga lah aku menjadi penyokong tegar(bukan Tegar Indonesia tu) kelab bola sepak Arsenal yg berasal dari utara London. Ramai yang tanya aku apa yang ada pada Arsenal ni. Dah lah asyik nombor 4 je setiap tahun. Bagi aku, sokongan aku bukanlah kerana kelab itu hebat atau pemainnya hensem hensem macam aku dan afgan. Aku sokong Arsenal ni disebabkan gameplay, style of play dan konsisten sepanjang penubuhan kelab.

Semua manusia di dunia ini kecuali Azwan Ali tahu yang Arsenal merupakan satu pasukan yang memiliki sejarah yang amat cemerlang. 38 perlawanan dalam liga tanpa kalah dalam satu season cukup membuktikan kehebatan kelab yang kini berpangkalan dia stadium emirates selepas stadium highbury tidak lagi relevan. Bukan itu je, Arsenal juga tidak pernah tersingkir ke divisyen divisyen bawah yang hina terlampau. Cukup hebat bukan?

Arsenal yang kini dibimbing oleh Arsene Wenger sejak  hampir 21 tahun yang lalu cukup popular dengan gameplay tiki taka. Gol jack wilshere ketika menentang Norwich city sudah cukup menguatkan statement aku tadi. Kelab bola sepak yang pernah mengaibkan pasukan2 hebat selepas kemasukan mesut ozil dan alexis sanchez ini juga merupakan kilang bagi menghasilkan pemain2 muda berbakat dan akhirnya dijual ke kelab2 terkemuka Eropah. Buat duit lah hehehehehe.

Untuk season yang baru berlangsung separuh jalan ni aku harap Arsenal akan menduduki top 4 dalam liga hahahaha asyik2 target top 4. Tapi takpe penyokong arsenal memang terkenal dengan kesabaran yang tinggi. Asal tak kalah dengan chelsea dan Manchester United dah lah hohoho.

Ini saja yang aku mampu taip untuk entri kali ini. ye betul entri ni tak kelakor sebab entri kali ni aku memang nak serius. 21 tahun hidup ni lah saat paling serius dalam hidup aku dan aku bangga dengan pencapaian ini.

Aku akhiri penulisan aku kali ini dengan sekeping gambar untuk tatapan semua tetapi khas buat peminat Chelsea dan Manchester United.


No comments:

Post a Comment